Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»FIRST AMBULANCE SDN BHD DAN YTL COMMUNICATIONS BAKAL MELANCARKAN AMBULANS 5G PINTAR YANG PERTAMA DI MALAYSIA
BM

FIRST AMBULANCE SDN BHD DAN YTL COMMUNICATIONS BAKAL MELANCARKAN AMBULANS 5G PINTAR YANG PERTAMA DI MALAYSIA

By gabgabApril 15, 20223 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

First Ambulance Services Sdn. Bhd. (“FAS”) dan YTL Communications Berhad (“YTLC”) mengumumkan jalinan strategik mereka hari ini, yang akan menambah baik perkhidmatan kecemasan dalam sektor kesihatan untuk rakyat Malaysia. 

Jalinan kerjasama antara kedua syarikat ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang ditambah baik menerusi servis 5G Smart Ambulance, membolehkan fungsian baharu untuk mengambil tempat seperti telemetri pengimejan diagnostik jarak lebih jauh, di samping servis teleperubatan yang dikuasakan oleh realiti lanjutan.

 

Sejak April 2020, FAS telah memanfaatkan YES Fleet oleh YTL Communications untuk menyediakan penyelesaian telematik yang dikuasakan oleh rangkaian 4G dan telah merekodkan penurunan ketara dalam penyelenggaraan kenderaan dan pemandu serta penambahbaikan dalam kecekapan penghantaran. Dengan fungsi WiFi terbina dalam kenderaan menerusi YES Fleet, FAS kini mampu membekalkan butiran dan diagnostik pesakit terus kepada hospital berkenaan.

 

Menurut Steven Penafort, Pengarah Urusan FAS, “Sebagai sebuah syarikat yang dipacu data, kami teruja untuk memanfaatkan jalur lebar yang tinggi dan kadar pendam rangkaian 5G yang rendah untuk menghubungkan data kesihatan pesakit seperti telemetri EKG dan imej ultrabunyi kepada pakar perubatan kecemasan di hospital berkenaan – sementara ambulans masih dalam perjalanan menuju ke hospital tersebut – untuk menambah baik masa saringan dan kesediaan hospital untuk mengendalikan pesakit sebaik sahaja tiba di unit kecemasan.”

 

Wing K. Lee, CEO YTL Communications pula berkata, “Sebagai telco pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada rakyat, YTLC yakin dan percaya dengan kuasa rangkaian 5G yang mampu memacu pelbagai perubahan. Kami bersyukur kerana dapat memainkan peranan untuk memberikan sokongan kepada FAS untuk menambah baik penjagaan kecemasan menerusi penggunaan YES Fleet dengan rangkaian 4G. Kami juga teruja untuk maju ke hadapan bersama rangkaian 5G untuk membolehkan pelbagai kemungkinan baharu seperti siaran ultrabunyi dan telemetri EKG masa nyata yang pertama sebagai tambahan kepada sebuah lagi pelaksanaan pertama kali iaitu realiti lanjutan dalam perkhidmatan ambulans untuk menambah baik kepantasan dan ketepatan perkhidmatan kecemasan dan menyelamatkan nyawa.”

 

Steven Penafort menambah, “Bekerjasama dengan YES, pelopor rangkaian 5G tanah air – kami berharap bahawa 5G Smart Ambulance akan membolehkan aliran kerja bersepadu antara unit-unit ambulans dan hospital untuk menambah baik penjagaan pesakit. Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan hospital-hospital untuk memanfaatkan rangkaian 5G yang sedang diperluas ke seluruh negara.

 

Jalinan kerjasama ini selari dengan visi Menteri Kesihatan untuk menambah baik kecekapan dan kualiti perkhidmatan kecemasan bagi kesihatan di Malaysia.

 

Selaku tetamu kehormat majlis tersebut, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengulas: “Saya gembira melihat kerjasama FAS dan YTLC untuk menaiktaraf kualiti perkhidmatan ambulans di Malaysia menerusi rangkaian 5G. Kuasa rangkaian 5G membantu memanfaatkan masa perjalanan ke hospital bagi membolehkan saringan yang efektif mengambil tempat menerusi penghantaran suapan masa nyata telemetri dan pengimejan perubatan pesakit. Tambahan pula, Realiti Lanjutan berteraskan rangkaian 5G akan memberi impak kepada penjagaan pesakit dan usaha untuk menyelamatkan nyawa. Saya ingin melihat adaptasi teknologi 5G yang lebih meluas merentasi semua sektor kesihatan awam, termasuklah hospital-hospital kita.”

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

May 7, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgab

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.