Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan
BM

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgabMay 7, 20225 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Canon Marketing Malaysia (“Canon”), peneraju global dalam penyelesaian pengimejan digital meraikan ulang tahun ke-35 di Malaysia pada tahun ini dengan memperbaharui komitmen terhadap transformasi perniagaan dan usahanya mengekalkan ketahanan korporat dalam tahun-tahun akan datang.

 

Menurut Shunji Yoshikai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, bersempena ulang tahun ke-35 Canon, syarikat tersebut berazam untuk terus menggembirakan para pelanggan, dan pada masa yang sama, memupuk corak pemikiran pembangunan mampan di seluruh syarikat tersebut, mencapai keimbangan di antara perniagaan dan alam sekitar.

 

Memandangkan syarikat tersebut percaya bahawa kakitangan adalah teras kejayaannya, Canon berbangga dengan usaha memastikan kesihatan dan kesejahteraan para pekerjanya. Canon meneruskan inisiatif seluruh syarikat, “Red Hot Passion” untuk menanamkan minat dengan membimbing kakitangannya ke arah gaya hidup yang lebih positif, sihat dan optimis. Kempen “Big Smile with Canon” direka khas untuk memotivasi dan mewujudkan persekitaran pejabat yang mesra dengan menggalakkan kakitangannya agar senyum selalu. 

“Senyum boleh memperbaiki mood seseorang dan membantu mewujudkan persekitaran yang menyenangkan, seterusnya memacu motivasi dan produktiviti. Selain itu, memandangkan perniagaan utama kami adalah untuk kamera, kakitangan Canon seharusnya dapat mengukir senyuman dengan mudah,” kata Yoshikai.

 

Sejak 35 tahun lalu, Canon telah berkembang pesat dan muncul sebagai pesaing utama dalam segmen pasaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pelanggan (B2C). Dengan menawarkan pelbagai rangkaian produk-produk inovatif, syarikat tersebut telah menjadi sebuah syarikat yang berupaya membuat penyesuaian dari segi teknologi, mengutamakan dan bertindak balas terhadap perubahan keperluan dan pilihan para pelanggannya.

 

Sebagai contoh, dalam segmen B2B, Canon mengutamakan keringkasan dengan menjadikan slogan “Business Can Be Simple” sebahagian daripada misinya. Di bawah segmen ini, syarikat tersebut menawarkan rangkaian peranti pelbagai fungsi berprestasi tinggi, pengimbas, projektor, kelengkapan videografi serta penyelesaian visual rangkaian. Untuk segmen B2C pula, Canon menawarkan rangkaian luas kamera digital, pencetak dan projektor.

 

Hari ini, Canon telah menjadi salah satu jenama global yang paling dikenali dan jenama pilihan pelbagai segmen pengguna – dari pengguna baharu hinggalah golongan profesional.

 

Canon telah menerima pelbagai pengiktirafan dalam industri atas komitmennya terhadap kecemerlangan. Ini termasuklah pengiktirafan dari firma penyelidikan pasaran global IDC pada tahun 2021 sebagai jenama Pencetak Inkjet No. 1 selama 26 tahun berturut-turut dan jenama Pencetak Laser No. 1 selama 7 tahun berturut-turut di Malaysia. Selain itu, Canon juga telah menunjukkan rekod prestasi yang cemerlang dengan memenangi Putra Brand Awards sejak 11 tahun lalu. Pada tahun lalu, Canon telah menerima anugerah Emas untuk Pilihan Pengguna di Putra Brand Awards, membuktikan kepercayaan pengguna yang kukuh terhadap jenama tersebut.

 

Setelah 35 tahun bertapak di negara ini, falsafah Canon bukan sekadar bertumpu kepada pertumbuhan perniagaan, tetapi juga menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dengan membuktikan komitmen untuk memelihara alam sekitar, mempertingkatkan penjagaan komuniti dan mematuhi pelbagai amalan tadbir urus korporat yang baik.

 

Salah satu inisiatif utama untuk memelihara alam sekitar adalah “One Canon One Tree” yang telah menyaksikan lebih 8,000 pokok ditanam sejak tahun 2016 untuk membantu menghijaukan alam dan melindungi hidupan liar seperti Tapir Malaya yang terancam.

 

Bagi mewujudkan peluang yang sama rata untuk pendidikan berkualiti, syarikat tersebut menyediakan bantuan kewangan Canon Seeding Fund kepada para pelajar UOW Malaysia KDU, membantu ramai pelajar yang layak untuk mencapai impian mereka melalui kejayaan akademik. Sementara itu, inisiatif seperti Canon Young Readers program disasarkan untuk meningkatkan kebolehan membaca dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya dari komuniti B40.

 

Canon juga menyokong pelbagai inisiatif kemanusiaan. Memandangkan pandemik menjejaskan sumber pendapatan begitu banyak keluarga, syarikat tersebut telah membantu 500 keluarga yang memerlukan bantuan makanan dengan menyumbangkan barangan makanan keperluan. Terkini, Canon juga menyumbang dalam usaha-usaha pengagihan 

bekalan makanan dan perubatan apabila negara berdepan salah satu episod banjir yang paling teruk dalam sejarahnya.

 

“Falsafah Kyosei diberi keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan, mencapai keseimbangan dalam pertumbuhan perniagaan di samping mengutamakan komitmen kami terhadap alam sekitar dan komuniti. Selepas ini, kami akan berusaha untuk terus menginovasi batasan penyelesaian pengimejan digital, dan memberi penekanan terhadap tanggungjawab kami dalam menggunakan “Imaging for Good” untuk mencipta satu dunia yang lebih baik buat komuniti kita,” tambah Yoshikai.

 

Melihat kembali 35 tahun yang telah berlalu, Yoshikai mendedikasikan kejayaan syarikat tersebut kepada para pelanggan dan rakan kongsi perniagaannya yang telah memainkan peranan yang penting dalam perjalanan korporatnya.

 

Looking back at the last 35 years, Yoshikai attributes its success to customers and business partners, who have been an integral part of its exciting corporate journey. 

 

“Kami amat menghargai sokongan yang konsisten dari para pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pembekal sepanjang 35 tahun ini. Canon tidak akan dapat berkembang ke tahap ini tanpa hubungan kukuh yang telah kami bina bersama pihak-pihak berkepentingan. Fokus kami sejak sekian lama adalah kepuasan para pelanggan kerana kami menganggap mereka semua sebagai duta jenama kami. Oleh itu, bersesuaian dengan slogan “Delighting You Always, kami ingin terus menggembirakan para pelanggan dengan rangkaian penyelesaian, produk dan perkhidmatan kami yang inovatif,” kata Yoshikai.

 

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

April 28, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgab

CELCOM SEBAR KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.