Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda
BM

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgabApril 28, 20222 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Hidangan lazat– itulah yang akan dinikmati oleh rakyat Malaysia apabila Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, bekerjasama dengan KITKAT®, jenama coklat paling terkenal di dunia.

Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive ialah minuman menyegarkan untuk rutin harian anda yang berkonsepkan “hirup dan menikmati coklat, gaya smoothie.”

Sebagai jenama minuman pertama di Malaysia yang menawarkan minuman eksklusif menggunakan Lepa Coklat dengan kepingan wafer KITKAT® serba baharu, Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive menawarkan rasa coklat istimewa dalam smoothie bersama wafer yang rangup.

“Kolaborasi dengan jenama coklat terkemuka dunia ini sekali lagi membuktikan bahawa Tealive memenuhi janji jenama kami iaitu ‘bukan sekadar teh,” kata Bryan Loo, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd.

“Penggemar yang inginkan rasa smoothie yang menyegarkan serta kebaikan coklat susu KITKAT® yang menyelerakan kini boleh menikmati kedua-duanya–anda boleh menikmati rasa coklat dan meminumnya juga!” tambah beliau.

Loo yakin produk yang menyelerakan ini akan mendapat tempat di kalangan peminat KITKAT® dan penggemar Tealive serta dapat menarik peminat baharu.

Bersama Bryan Loo dalam memeriahkan majlis pelancaran Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive ialah Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Sejak dahulu dan bersesuaian dengan slogannya, KITKAT® sentiasa meraikan semua keadaan; sama ada ianya menyeronokkan, secara tiba-tiba, istimewa, mahupun bermanfaat. Dengan pelancaran minuman Lepa Coklat KITKAT® terbaharu ini, kami berharap ianya memberi inspirasi kepada rakan B2B kami untuk menginovasi produk mereka dalam menghasilkan hidangan yang lazat dan istimewa yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia, bermula dengan kolaborasi bersama Tealive ini,” kata Juan.

Siri minuman Smoothie Wafer Coco KITKAT® Tealive ini dibuat menggunakan Lepa Coklat dengan kepingan wafer KITKAT® serta ditabur cebisan biskut coklat. Dua minuman baharu yang dilancarkan hari ini ialah Signature Smoothie (berperisa Coklat) dan Berry Smoothie (berperisa Strawberi).

Majlis pelancaran telah diadakan di kedai konsep baharu Tealive yang dikenali sebagai Tealive+ di Pavilion. Kedai konsep ini menawarkan pelbagai pilihan menu terbaik Tealive yang dihidangkan secara istimewa dan eksklusif, hanya di Tealive+. Antaranya adalah Cheese Brulee Milk Tea dengan Brown Sugar Pearls, Bang Cheese Brulee Milk dengan Brown Sugar Pearls, Dragonfruit Lychee Smoothie dengan Cheese Mousse, Avocado Choc Smoothie dengan Cheese Mousse dan pelbagai minuman lain bersama Aren Palm Sugar.

Tealive+ turut menyediakan makanan ringan dan menu harian yang sesuai dipadankan dengan minuman Tealive, seperti Toastea – roti bakar eksklusif Tealive, Mac n Cheese, Lasagna dan Bebola Nasi Italian Berkeju.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

May 7, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgab

CELCOM SEBAR KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.