Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»UOB Malaysia lantik Ng Wei Wei sebagai CEO wanita pertama Bank
BM

UOB Malaysia lantik Ng Wei Wei sebagai CEO wanita pertama Bank

By gabgabApril 18, 20222 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

UOB Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Puan Ng Wei
Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita pertamanya, berkuat kuasa 1 Mei 2022.

Beliau akan mengganti Encik Wong Kim Choong (KC) yang akan melepaskan jawatan tersebut selepas menerajui Bank sejak 2012. Encik Wong akan memainkan peranan baharu sebagai Penasihat Kanan dan akan menyelia integrasi1 perniagaan perbankan runcit Bank dan Citi2, sehingga persaraan beliau yang telah dirancang.

Puan Ng ialah seorang jurubank yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan mendalam mengenai industri kewangan. Pada peringkat awal kerjayanya, dari 2000 hingga 2006, beliau telah mengasah kemahiran perbankan dan membangunkan nilai teras di UOB Malaysia. Berikutan beberapa peranan kepemimpinan di institusi kewangan global di Malaysia dan Hong Kong, beliau kembali ke UOB Malaysia pada 2019 sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 2021. Beliau telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Perbankan Borong UOB Malaysia, selain memajukan keutamaan strategik
Bank yang termasuk usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, dan juga agenda inovasi.

Di samping itu, beliau juga membantu pelanggan berkembang di rantau ini dengan memanfaatkan kesalinghubungan, kepakaran dan keupayaan Bank.

Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan UOB berkata, “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KC atas kepimpinan mantap beliau dan mengucapkan tahniah kepada Wei Wei atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia. Pelantikan Wei Wei menunjukkan kepercayaan teguh kami terhadap kepentingan dan manfaat kepelbagaian ke arah usaha kami menjangka keperluan pelanggan dalam persekitaran yang semakin mencabar, sentiasa berubah dan tidak menentu.

“KC bersara dengan rekod prestasi menunjukkan kemajuan Bank dalam bidang perkhidmatan pelanggan, kesalinghubungan serantau, inovasi dan kemampanan. Saya yakin di bawah pimpinan Wei Wei, UOB Malaysia akan terus mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi ke arah usaha kami membantu pelanggan merebut peluang di dalam dan di seluruh rantau ini.”

Di bawah pimpinan Encik Wong, UOB Malaysia telah berkembang dengan mantap ke kedudukannya yang paling kukuh, iaitu sebagai bank asing terbesar di negara hari ini. Beliau akan terus menyumbang kepada pertumbuhan Bank dengan memainkan peranan sebagai Penasihat Kanan pengambilalihan perbankan pengguna Citi, salah satu usaha korporat paling penting untuk UOB sejak kebelakangan ini.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

May 7, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgab

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.