Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»Jimat 40% untuk Pelan VIP Tahunan iQiyi & Menangi Tiket Eksklusif ke Rumah Terbuka Raya iQiyi Bersama Bintang-Bintang Ternama
BM

Jimat 40% untuk Pelan VIP Tahunan iQiyi & Menangi Tiket Eksklusif ke Rumah Terbuka Raya iQiyi Bersama Bintang-Bintang Ternama

By gabgabApril 21, 20226 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, iQiyi, perkhidmatan penstriman video atas permintaan yang terulung di Asia, akan memberi ganjaran kepada penontonnya dengan diskaun 40% bagi pelan VIP tahunan dari 25 April hingga 1 Mei 2022.  Sebagai insentif tambahan, mereka yang menikmati diskaun 40% untuk pelan VIP tahunan serta berpeluang menerima jemputan ke Rumah Terbuka Jom Raya Sekitar iQiyi untuk sambutan Raya bersama selebriti tempatan pujaan ramai.

 

Lima pemenang akan dipilih secara rambang untuk memenangi pas eksklusif ke Rumah Terbuka Jom Raya Setikar Bersama iQiyi dan peluang menjamu selera dan bersantai bersama selebriti paling hangat di Malaysia iaitu Siti Saleha, Eyka Farhana, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Hisyam Hamid dan juga Syazwan Zulkifli.

 

Sebagai sebahagian daripada promosi dari 25 April hingga 1 Mei 2022, iQiyi menawarkan pelan VIP serendah RM69.90 untuk pelan Standard dan RM104.90 untuk pelan Premium bagi rakyat Malaysia mendapatkan penjimatan RM50 untuk senarai tontonan tanpa had di iQiyi sepanjang musim perayaan.

 

“Hari Raya Aidilfitri kali ini nyata lebih bermakna kerana boleh disambut dengan seisi keluarga selepas dua tahun menanti. Memandangkan iQiyi mendapat sokongan luar biasa daripada pengguna sepanjang tempoh ini, kami mahu memberi ganjaran kepada pelanggan dengan penjimatan nilai tambah sempena Raya. Kami berharap rakyat Malaysia boleh mengeratkan hubungan dengan orang-orang tersayang sambil menyaksikan rancangan kegemaran mereka di platform ‘freemium’ kami, bukan sahaja semasa menyambut perayaan, tetapi juga sepanjang tahun. Para pengguna iQiyi boleh berhibur dengan rancangan-rancangan tempatan yang hebat di platform kami,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Dalam pada itu, rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan “Strim & Menang” iQiyi dan berpeluang hadir bersama di Rumah Terbuka Jom Raya Setikar Bersama iQiyi. Diadakan dari sekarang hingga 8 Mei 2022, peraduan ini memberikan lebih banyak ganjaran kepada rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada Sambutan Bulan Penghargaan Pelanggan. Selain daripada tiket ke acara Rumah Terbuka Raya iQiyi, pengguna juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti televisyen PRISM+ 55″, telefon pintar Vivo, Baju Raya daripada Lubna dan Zalia, dan juga novel 7 Hari Mencintaiku dengan autograf daripada penulis Siti Rosmizah yang eksklusif.

 

Untuk menang, pengguna hanya perlu menyempurnakan tugasan mudah di iQiyi, seperti daftar masuk setiap hari, menyaksikan siaran kegemaran mereka di www.iq.com dan mengajak rakan-rakan memuat turun Aplikasi iQiyi untuk mengumpulkan lebih banyak mata untuk ditukarkan dengan hadiah. Lebih banyak mata yang dikumpulkan, lebih besar hadiah yang boleh dimenangi. Untuk maklumat lanjut, terus ke ruangan ‘Strim dan Menang’ di aplikasi iQiyi.

 

Sambut Raya dengan Kisah Romantik Melayu Sungguh Mengasyikkan di iQiyi

Sempena musim perayaan, iQiyi juga akan membawakan pelbagai rancangan menarik untuk tontonan semua rakyat Malaysia. Antaranya termasuk 7 Hari Mencintaiku yang diadaptasi daripada novel Siti Rosmizah.  Pada musim ketiga ini, rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia (Siti Saleha) bakal mengalami pergolakan apabila Khuzairi ditimpa kemalangan tragik yang menyebabkan dia menjadi lumpuh. Dengan Cabaran untuk menyesuaikan diri, Khuzairi menjadi semakin panas baran, didorong oleh rasa kekurangan diri kerana tidak dapat menjadi suami dan bapa yang sempurna. Pada masa yang sama, Pak Samad menghidap penyakit dan perlu menjalani pembedahan, tetapi merahsiakan keadaannya dari pengetahuan keluarganya. Pak Samad meninggalkan surat, menggesa mereka mencari maksud sebenar cinta dalam masa tujuh hari. Bagaimana Khuzairi dan Mia mengatasi cabaran baharu ini? Adakah keluarga Pak Samad akan berjaya mencari maksud sebenar cinta dalam masa 7 hari? Apa maksud sebenar cinta? Saksikan episod-episod baharu yang disiarkan di iQiyi setiap Isnin hingga Ahad, mulai 16 April 2022.

 

Bagi mereka yang belum sempat menyaksikan dua musim pertama drama popular ini atau ingin mengulang tonton rancangan ini, semua episod 7 Hari Mencintaiku 1 & 2 kini boleh didapati di iQiyi, sedia untuk dinikmati secara berturut-turut!

 

Para peminat novel Siti Rosmizah juga boleh menyaksikan hasil karyanya di platform tersebut, termasuk Cukup Derita Itu dan Lafazkan Kalimah Cintamu.

 

Cukup Derita Itu menceritakan kisah dua beradik perempuan kembar Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun hidup di rumah sama, pasangan kembar itu menerima layanan berbeza – Ellana dilayan seperti puteri manakala Ellani dianggap sebagai pembantu rumah, tanpa sebarang penjelasan mengapa dilayan sebegitu. Pertikaian timbul apabila Zarul Zafran (Hisyam Hamid) yang pada mulanya bertunang dengan Ellana telah bertukar fikiran dan membuat keputusan mengahwini Ellani. Sejak itu, Mak Ngah dan Ellana bertekad untuk memusnahkan perkahwinan mereka.

 

Lafazkan Kalimah Cintamu dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah, yang pulang ke rumah keluarganya selepas 13 tahun hidup di luar negara untuk mencari kasih sayang, dengan harapan untuk diterima semula oleh ayahnya, Tengku Hisham dan kakaknya, Tengku Natasha (Nasiyah Shahab) selepas dituduh menjadi punca kematian ibunya. Bagaimanapun, wasiat oleh Tengku Hashim, bapa saudara mereka, mengubah segala perancangan apabila Aqilah diminta berkahwin dengan Ryan, yang kebetulan merupakan kekasih kakaknya. Secara beransur-ansur, Aqilah berjaya memenangi hati bapa dan suaminya, menyebabkan Natasha nekad bertindak. Bagaimanapun, apabila Aqilah disahkan menghidap kanser, kedua-dua adik-beradik perlu berdamai sebelum terlambat.

 

Kerana Aku Isteri Bidaan adalah satu lagi rancangan yang bakal disiarkan tidak lama lagi di iQiyi yang mesti ditonton oleh peminat drama Melayu. Drama yang mengisahkan ketentuan takdir ini diterbitkan berasaskan novel dengan nama yang sama. Raian Badrina (Scha Elinnea) membuat tuduhan palsu bahawa dia mengandungkan anak Farel Zafeeq (Hisyam Hamid) yang tidak tahu apa-apa, untuk mengelakkan berkahwin dengan seorang duda yang seusia dengan bapanya. Selepas memaksa Farel mengahwininya, beliau melarikan diri dengan teman lelaki sebenarnya, Aznor, pada malam perkahwinan. Raian tidak tahu bahawa Aznor sebenarnya seorang ‘bapa ayam’ yang kemudian menjualnya kepada pembida tertinggi. Raian ditakdirkan kembali bertemu dengan Farel, yang membelinya daripada sarang pelacur – bukan untuk menyelamatkannya tetapi untuk membalas dendam atas kemarahan dan rasa malu yang dirasai pada malam perkahwinan.

 

iQiyi juga akan melancarkan rancangan original pertama Malaysia, MyOfis. Dalam rancangan komedi ini, Jasper (Kahoe Hon) melepaskan peluang mengejar cita-cita menjadi bintang rock and roll untuk menyokong ibu tunggalnya yang sudah berumur. Saksikan gelagatnya mengharungi kecelaruan dan ragam dunia kerjaya harian, menjalin hubungan romantik dan menangani politik pejabat di syarikat pemasaran baharunya MyOfis yang diuruskan oleh KS (Aeril Zafrel). Sebagai drama komedi bertema pejabat pertama Malaysia, MyOfis akan disiarkan secara eksklusif di iQiyi pada 26 Mei 2022.

 

 

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

May 7, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgab

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.