Close Menu
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
What's Hot

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026
Facebook
大马商机大马商机
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
Facebook
大马商机大马商机
Home»BM»CELCOM SEBAR KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM
BM

CELCOM SEBAR KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK PDRM

By gabgabApril 23, 20222 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) petang ini telah bersama – sama menyebarkan kemeriahan Ramadan kepada anggota – anggota polis sambil menghayati nilai belas kasihan dan sifat pemurah di bulan suci ini.

Acara Ramadan ini merupakan tahun ke-15 Celcom bekerjasama dengan pasukan polis trafik sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2015. Inisiatif tersebut merupakan usaha Celcom untuk menunjukkan penghargaannya kepada anggota polis trafik yang telah bekerja keras dan berdedikasi tanpa mengenal erti penat lelah dalam memantau kawalan aliran trafik ketika waktu puncak trafik terutama sekali pada bulan Ramadan.

 

Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara (KPN) menyempurnakan program dengan mengedarkan pek makanan berbuka puasa kepada anggota polis trafik yang bertugas serta orang ramai yang sedang berjalan di sepanjang Jalan Esfahan.

Acara tersebut turut disertai oleh pasukan pengurusan Celcom yang terdiri daripada Afizulazha Abdullah, Ketua Pegawai Operasi (Teknologi), Azmi Ujang, Ketua Pegawai Modal Insan dan Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Korporat dan Transformasi. Manakala, pegawai kanan PDRM yang turut serta termasuk Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Hajah Noorsiah binti Mohd Saaduddin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Dato’ Mohd Nadzri Bin Hussain, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Mohd Radi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

 

Selepas program tinjauan mesra tersebut, acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee. Dengan semangat Ramadan yang mengutamakan nilai berkongsi dan sifat prihatin, pasukan pengurusan Celcom dan pegawai kanan PDRM kemudian menyampaikan cenderahati raya kepada balu, anak yatim dan anak kategori berkeperluan khas polis kontinjen dari Jabatan Siasatan Trafik dan Penguatkuasaan, Bukit Aman dan Kuala Lumpur.

Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
gabgab

Advertisement

Related Posts

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

July 7, 2022

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

May 10, 2022

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

May 7, 2022
聚光灯 Spotlight

Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Terbesar di Malaysia Berkolaborasi Dengan TFF Dalam Menghadapi Cabaran Sekuriti Makanan

By gabgab

YTL Foundation and PEMIMPIN GSL Launches Inaugural “Malaysia Teacher Prize”

By gabgab

Canon Malaysia Meraikan Ulang Tahun ke-35 Menggembirakan Para Pelanggan

By gabgab

Berehat Sebentar Bersama KITKAT® – dalam smoothie Tealive anda

By gabgab
最新 Latest·

腾宇集团携手大众投控发展高科技制造

August 3, 2026

Duopharma Biotech携手多方伙伴 推出Flavettes国庆活动

July 29, 2026

U.S. Tightens Tech Controls on Chinese Robots and Inverters

July 29, 2026

2026陆海经济论坛落地吉隆坡 探索AI与跨境投资新商机

July 28, 2026
Advertisement
大马商机
Facebook
  • 首页
  • 商机
  • 观察
  • 新闻
  • 生活
  • 科技
  • 活动
  • 美通社新闻
  • 合作
© 2026 大马商机网 by Artisense Publication Sdn Bhd (594728-V).

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.